Wednesday, April 10, 2019

Zikir Selepas Solat

As salamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu

Zikir Selepas Solat

Dari Al Mughirah bin Syu'bah;

Selepas Rasulullah (saw) mengucapkan salam dari solatnya, Beliau mengucapkan:
"LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIIKALAHU, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA 'ALAA KULLI SYAI-IN QADIIR, ALLAAHUMMA LAA MAANI'A LIMAA A'THAITA WA LAA MU'THIYA LIMAA MANA'TA WA LAA YANFA'U DZAL JADDI MINKAL JADDU" (tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya seluruh kerajaan, dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang dapat menahan apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan apa yang Engkau tahan, serta tidaklah bermanfaat kekayaan bagi orang yang kaya dari azabMu)."

Abu Daud
1287

‎لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Tuesday, April 9, 2019

Laknat Ke Atas Manusia Yang Mengubah Syariat Rasulullah SAW

(Laknat Ke Atas Manusia Yang Mengubah Syariat Rasulullah SAW)

Rasulullah SAW bersabda :

تَعَمَّدَ عَلَيَّ كَذِبًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Barangsiapa yang sengaja berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (HR. Sahih Bukhari 108)

Rasulullah SAW bersabda:

حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيْثٍ يُرَىْ أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِيْنَ

Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]

Sesungguhnya tiada perubahan hukum melainkan daripada ijtihad daripada ulama muktabar. Jika sesuatu pendapat telah menjadi Ijma ulama, maka pendapat itu menjadi tetap, tidak boleh diubah daripada mana-mana pihak.

Kata Ibnu Mas'ud Radiyallahu'anhu :

Sentiasalah manusia itu baik selama mengambil akan ilmu agama dari para ulama. Maka bila mereka mengambil ilmu agama dari orang awam dan orang jahat maka mereka akan binasa.

Wallahu'alam

Semoga Allah SWT jauhi kita dari kesesatan dunia.

Aamiin

Majlis zikrullah seumpama kebun-kebun syurga

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
28 Rejab 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Sayyidina Anas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,"_*Apabila kamu melalui kebun2 syurga maka ragutlah (ambillah manfaat) sepuas-puasnya."Seorang bertanya,"Apakah kebun syurga itu,ya Rasulullah?" Jawab Baginda SAW ,"Majlis zikrullah.*"

🔹*H R Ahmad-Tirmizi*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Eratkan ikatan kekeluargaan

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
29 Rejab 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Anas RA , dia berkata, Rasulullah SAW bersabda."_*Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dilewatkan ajalnya, hendaklah dia mempereratkan ikatan kekeluargaannya.*”

🔹*H R Bukhari-Muslim*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Mendoakan kebaikan dari jauh dimakbulkan

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
30 Rejab 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Abu Darda RA , dia berkata, Rasulullah SAW bersabda."_*Doa seorang muslim utk saudaranya sesama muslim drpd kejauhan tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan. Di atas kepalanya ada malaikat yg telah diutus, dan setiap kali dia berdoa utk kebaikan, maka malaikat yg diutus tersebut akan mengucapkan 'Amen! dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu.*

🔹*H R Muslim*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Doa perlindungan untuk pagi dan petang

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
1 Sya’ban 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Uthman bin Affan RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda."_*Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang hari mengucapkan, BISMI’LLAHI’LLAZI LA YADURRU MA’A ISMIHI SYAI’UN FI’L ‘ARDI WA LA FIS SAMA’I WA HUWAS SAMI’U’L ‘ALIMU yg maksudnya, Dengan menyebut nama Allah tidak ada sesuatupun di bumi ataupun di langit yg dapat membahayakannya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.' Tidaklah dia membacanya sebanyak 3 kali, melainkan dia tidak akan diganggu oleh sesuatu pun.*"

🔹*H R Abu Daud - AtTirmizi*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Waktu paling dekat dengan tuhan

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
2 Sya’ban 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Amr bin 'Abasah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,"_*Waktu yg paling dekat antara Tuhan dgn seorang hamba adalah pada tengah malam terakhir, maka apabila kamu mampu menjadi golongan orang2 yg berzikir kepada Allah (solat) pada waktu itu, lakukanlah!*”

🔹*H R At-Tirmizi*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*