Wednesday, April 10, 2019

Zikir Selepas Solat

As salamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu

Zikir Selepas Solat

Dari Al Mughirah bin Syu'bah;

Selepas Rasulullah (saw) mengucapkan salam dari solatnya, Beliau mengucapkan:
"LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIIKALAHU, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA 'ALAA KULLI SYAI-IN QADIIR, ALLAAHUMMA LAA MAANI'A LIMAA A'THAITA WA LAA MU'THIYA LIMAA MANA'TA WA LAA YANFA'U DZAL JADDI MINKAL JADDU" (tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya seluruh kerajaan, dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang dapat menahan apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan apa yang Engkau tahan, serta tidaklah bermanfaat kekayaan bagi orang yang kaya dari azabMu)."

Abu Daud
1287

‎لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Tuesday, April 9, 2019

Laknat Ke Atas Manusia Yang Mengubah Syariat Rasulullah SAW

(Laknat Ke Atas Manusia Yang Mengubah Syariat Rasulullah SAW)

Rasulullah SAW bersabda :

تَعَمَّدَ عَلَيَّ كَذِبًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Barangsiapa yang sengaja berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (HR. Sahih Bukhari 108)

Rasulullah SAW bersabda:

حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيْثٍ يُرَىْ أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِيْنَ

Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]

Sesungguhnya tiada perubahan hukum melainkan daripada ijtihad daripada ulama muktabar. Jika sesuatu pendapat telah menjadi Ijma ulama, maka pendapat itu menjadi tetap, tidak boleh diubah daripada mana-mana pihak.

Kata Ibnu Mas'ud Radiyallahu'anhu :

Sentiasalah manusia itu baik selama mengambil akan ilmu agama dari para ulama. Maka bila mereka mengambil ilmu agama dari orang awam dan orang jahat maka mereka akan binasa.

Wallahu'alam

Semoga Allah SWT jauhi kita dari kesesatan dunia.

Aamiin

Majlis zikrullah seumpama kebun-kebun syurga

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
28 Rejab 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Sayyidina Anas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,"_*Apabila kamu melalui kebun2 syurga maka ragutlah (ambillah manfaat) sepuas-puasnya."Seorang bertanya,"Apakah kebun syurga itu,ya Rasulullah?" Jawab Baginda SAW ,"Majlis zikrullah.*"

🔹*H R Ahmad-Tirmizi*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Eratkan ikatan kekeluargaan

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
29 Rejab 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Anas RA , dia berkata, Rasulullah SAW bersabda."_*Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dilewatkan ajalnya, hendaklah dia mempereratkan ikatan kekeluargaannya.*”

🔹*H R Bukhari-Muslim*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Mendoakan kebaikan dari jauh dimakbulkan

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
30 Rejab 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Abu Darda RA , dia berkata, Rasulullah SAW bersabda."_*Doa seorang muslim utk saudaranya sesama muslim drpd kejauhan tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan. Di atas kepalanya ada malaikat yg telah diutus, dan setiap kali dia berdoa utk kebaikan, maka malaikat yg diutus tersebut akan mengucapkan 'Amen! dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu.*

🔹*H R Muslim*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Doa perlindungan untuk pagi dan petang

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
1 Sya’ban 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Uthman bin Affan RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda."_*Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang hari mengucapkan, BISMI’LLAHI’LLAZI LA YADURRU MA’A ISMIHI SYAI’UN FI’L ‘ARDI WA LA FIS SAMA’I WA HUWAS SAMI’U’L ‘ALIMU yg maksudnya, Dengan menyebut nama Allah tidak ada sesuatupun di bumi ataupun di langit yg dapat membahayakannya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.' Tidaklah dia membacanya sebanyak 3 kali, melainkan dia tidak akan diganggu oleh sesuatu pun.*"

🔹*H R Abu Daud - AtTirmizi*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Waktu paling dekat dengan tuhan

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
2 Sya’ban 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Amr bin 'Abasah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,"_*Waktu yg paling dekat antara Tuhan dgn seorang hamba adalah pada tengah malam terakhir, maka apabila kamu mampu menjadi golongan orang2 yg berzikir kepada Allah (solat) pada waktu itu, lakukanlah!*”

🔹*H R At-Tirmizi*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Jangan diremehkan perkara-perkara baik

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
3 Sya’ban 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Abu Zar RA , dia berkata,Rasulullah SAW bersabda,"_*Jangan diremehkan perkara-perkara baik, walaupun sekadar senyum semasa bertemu rakan.*”

🔹*H R Muslim*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Pandanglah Orangvyang Di bawah

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
4 Sya’ban 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳 Abu Hurairah RA menerangkan, Rasulullah SAW bersabda,"_*Pandanglah orang yg berada di bawah kamu, itu lebih patut, agar membuat kamu tidak mengkufuri nikmat Allah.*”

🔹*H R Bukhari-Muslim*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Ziarah kubur

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ziarah Kubur

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ زَارَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ  اسْتَأْذَنْتُ رَبِّى فِى أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِى وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِى أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِى فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah SAW berziarah kepada makam ibunya, lalu baginda menangis, kemudian menangis pula lah orang-orang di sekitar baginda. Baginda lalu bersabda: “Aku meminta izin kepada Rabb-ku untuk memintakan ampunan bagi ibuku, namun aku tidak diizinkan melakukannya. Maka aku pun meminta izin untuk menziarahi kubur ibuku, aku pun diizinkan. Ziarahlah kubur, kerana ia dapat mengingatkan engkau akan kematian” (HR. Muslim No.108) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ziarah kubur merupakan salah satu ibadah yang disyariatkan dalam Islam.

2.  Tujuan berziarah kubur adalah untuk menasihati diri dan mengingatkan diri sendiri akan kematian (Syarh Shahih Muslim Lin Nawawi, 3/402)

3.  Hikmah menziarahi kubur juga bagi melunakkan hati yang keras dan memadamkan kesombongan diri. Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور ألا فزوروها فإنها ترق القلب  وتدمع العين  وتذكر الآخرة  ولا تقولوا هجرا

“Dulu aku pernah melarang kalian untuk berziarah-kubur. Namun sekarang ketahuilah, hendaknya kalian berziarah kubur. Kerana ia dapat melembutkan hati, membuat air mata berlinang, dan mengingatkan kalian akan akhirat namun jangan kalian mengatakan perkataan yang tidak layak (qaulul hujr), ketika berziarah” (HR. Al Haakim no.1393, Status Sahih dalam Sahih Al Jaami’, 7584)

4.  Al Munawi berkata: “Tidak ada ubat yang paling bermanfaat bagi hati yang kelam selain menziarahi kubur. Ziarah kubur akan menjadi penyebab mengingati kematian, akan menghalangi seseorang dari maksiat, melembutkan hatinya yang kelam, mengusir kesenangan terhadap dunia, menjadikan musibah yang kita alami terasa ringan. Ziarah kubur itu sangat dahsyat pengaruhnya untuk mencegah hitamnya hati dan mengubur sebab-sebab datangnya dosa. Tidak ada amalan yang sehebat ini pengaruhnya” (Faidhul Qaadir, 88/4)

Jadikan ziarah kubur kita sebagai pelembut hati dan penasihat diri.

10hb April 2019
04hb Syaaban 1440H

Seorang hamba paling dekat dengan Rabbnya ketika dia sujud

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
  15 Ramadhan 1439H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Abu Hurairah RA , dia berkata,Rasulullah SAW bersabda,"_*Seorang hamba yg paling dekat dengan Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa.*”

🔹*H R Muslim*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Bersolat Subuh

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
  14 Ramadhan 1439H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Jundub bin Sufyan RA , dia berkata, Rasulullah SAW bersabda."_*Sesiapa yg bersembahyang subuh, dirinya berada dalam jagaan Allah. Berwaspadalah wahai sekalian manusia, jangan sampai terjadi satu keadaan, Allah membiarkanmu begitu sahaja tanpa jagaan-Nya.*”

🔹*H R Muslim*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*

Perkongsian Web Hadis

https://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

Malam yg lebih baik dari seribu bulan

*السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه*
  13 Ramadhan 1439H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

🔳Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda. "_*Sesungguhnya bulan ini telah datang kpd kamu. Dlm bulan Ramadan terdapat satu malam yg lebih baik drpd seribu bulan. Sesiapa yg terlepas drpdnya maka dia telah terlepas drpd segala kebaikan dan tidaklah terlepas drpd kebaikannya kecuali dia yg benar2 rugi.*”

🔹*H R Ibnu Majah*🔹

🔲UNTUK *IKHTIBAR, AMAL* DAN *SAMPAIKAN*